Ahad, 19 April 2009

KAEDAH RAWATAN PINGGAN PUTIH ( Amalan Para Ulama Silam)

Kaedah rawatan pinggan putih merupakan usaha yang biasa diamalkan oleh para ulama silam yang menggunakan kaedah ini untuk pelbagai hajat dan penyakit. Ia pernah dipelopori tokoh perubatan Islam terkemuka zaman lampau seperti Ibnu Sina, Al-Khindi, Al-Razzi, Al-Biruni, Al-Ghazali, Al-Mawardi, Al-Zahrawi dan Al-Haitham.

Di Malaysia, individu yang menghidupkan kembali kaedah ini ialah Ustaz Hj. Abdullah Bin Mohd Yusof. Beliau yang merupakan Pengasas Kaedah Rawatan Pinggan Putih di Malaysia menerusi syarikat miliknya iaitu Annusyrah (Malaysia) Sdn Bhd telah mendapat sokongan daripada Mufti Perak, Dato’ Seri (Dr) Hj. Harussani Bin Hj. Zakaria, Dato Dr Haron Din Al Hafiz, Dr Amran Kasimin dan Ustaz Fauzi Deraman. Usaha murni beliau bagi membantu masyarakat di dalam menangani pelbagai masalah penyakit, serta hajat zahir dan batin secara tidak langsung menarik semula perhatian masyarakat Islam untuk kembali menghayati kelebihan dan keagungan AL-QURAN.

Bermula dari penulisan kalimah-kalimah Al Quran di atas pinggan putih dimana penanya diperbuat dari ranting kayu manakala dakwatnya diperbuat dari filamen Za’faran @Saffron. Kemudian kalimah tersebut dilarutkan di dalam Air Zamzam di atas pinggan putih itu lalu ditilawahkan sebelum diikhtiarkan menjadi penawar.

Nota: Proses pembuatan dan penyediaan Air Annusyrah ini hanya dilakukan oleh pakar individu yang mempunyai ketelitian, kesabaran dan keikhlasan serta berakhlak mulia.